MIGRAIN


Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.


Ada 2 jenis migrain yang utama :

1) Classic migraine

Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. 
  
Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut : 

- Terlihat cahaya terang (bright spots), 
- Garisan zigzag (zigzag lines), 
- Penglihatan berganda (double vision), 
- Buta sementara (temporary blindness), 
- Kebas (numbness), 
- Kepala terasa berpusing (dizziness), 
- Pening (drowsiness), 
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). 
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang. 
 


Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf - satu fenomena yang dikenali sebagai spreading depression of the cortex. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2) Common migraine

Tanpa warning terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migrain Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. 

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah : 

a) Keturunan 


Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan. Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif .

* serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah

b) Pemakanan 


Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti "aji"), cheese, 
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. 

c) Diet 


Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. 
Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. 
 

d) Penggemar kaffein

Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang. 

e) Hormon. 

Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun. 

f) Mengandung. 


Selalunya kejadian menurun semasa mengandung. 

g) Haid. 


Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid. 

h) Pil perancang. 


Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain. 
 

i) Menopause (putus haid). 

HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain. 

j)Tidur. 


Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. 

k) Ubat 


Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain. 

 
l) Penyebab-penyebab lain. 


- Perubahan cuaca. 
- Cuaca terang matahari atau lampu. 
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. 
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. 
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi  tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. 
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki). 
- Merokok. 
 



APAKAH PENYELESAIANNYA ??

Saya juga peghidap tegar migrain satu ketika dulu. Bila kena sahaja migrain mula la hidup tak tentu arah..kepala memang dah tak rasa apa..bayangkan ketuk pun dah tak rasa apa disebabkan kesakitan melampau..

Penyudahnya memang saya akan telan Pan-dol..bukan yang biasa ya..yang biasa dah tak jalan untuk saya. Selalunya saya akan telan Pan-dol act-fast. Tidur sekejap..pada masa tu saja akan hilang. Kemudian ia datang lagi datang lagi tanpa ada kesudahan..

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu ikhtiar dengan shaklee. Apa yang saya amalkan??



Saya cadangkan B-Complex dan juga Ostematrix sebagai amalan harian..inshaaAllah anda boleh tersenyum gembira macam saya. Dah hampir 2 tahun migrain sudah tidak menghantui saya lagi. Alhamdulillah~!! 

Kenapa perlunya B-Complex & Ostematrik ??

Jom baca sikit review tentang 2 botol produk shaklee yang gagah ni.. :)

1) B-COMPLEX - lengkap dengan Riboflavin (B2) & Pyridoxine (B6)

Riboflavin -Vitamin B2 perlu untuk pertumbuhan dan pengeluaran sel-sel darah merah. Mengikut satu kajian, pengambilan 400mg ribofalvin setiap hari dapat mengurangkan bilangan hari sakit kepala sebanyak 50%.

Contohnya : Jika dalam sebulan kebiasaanya sakit kepala menyerang 10 hari, maka dengan pengambilan 400mg riboflavin setiap hari, sakit kepala dapat dikurangkan kepada 5 hari sebulan. Dengan pengambilan yang konsisten inshaaAllah sakit kepala dapat dinyahkan ~!!

Pyridoxine -Vitamin B6 adalah perlu supaya tubuh dapat menggunakan serotonin dan dopamin dengan baik. 
* Serotonin &  dopamin ialah neurotransmitter (bahan kimia otak) yang perlu untuk komunikasi sel saraf yang normal.

Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain mempunyai kadar serotonin yang rendah.

Terlalu sedikit kandungan vitamin B6 dalam tubuh akan menyebabkan kemurungan, keresahan dan kekeliruan serta rasa tidak selesa pada lidah dan mulut.

2) OSTEMATRIX - terdiri daripada Kalsium, Magnesium & Vitamin D

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 
NOTA KAKI : 

**Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (drug) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.


HUSNA 012-5533754
Your Shaklee Independent Distributor SID 918035
FB Page : Dina Health Care
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment