Showing posts with label Energizing Soy Protein ESP. Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein ESP. Show all posts

Kekal Langsing & Sihat Dengan Shaklee~!

Siapa yang tak mahu kurus dan langsing bukan??
Tipulah kalau ada yang kata dia gemuk, obesiti tapi bahagia~!

Hee..saya sendiri pun asal berat lebih dari yang sepatutnya cepat-cepat cek balik apa pemakanan harian.  Tapi selalunya sebab suka hati..hati gumbira~! haha..

So..kat sini saya nak share apa yang saya tengah amalkan sekarang dalam shaklee..target saya sebelum raya mesti nampak slim sikit..kalau tak kurus sangat pun at least loss weight 10-15kg seronok juga~!
Ok..Jom check it out~!

Dalam Slimming Set Shaklee konsep yang diterapkan adalah BAKAR, BUANG, BINA.. Mai kita tengok satu persatu naa...



1) EMULFISIER ~~ BAKAR

Apa yang kita boleh pilih untuk tindakan pertama ni??
Emulfisier~proses membakar dan memecahkan lemak dan kolestrol dalam tubuh kita.
Anda boleh pilih 2 agen 'emulfisier' dalam shaklee:

~~LECITHIN @ OMEGA GUARD~~

Mai kita tengok dulu fungsi Lecithin

  • Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. 
  • Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.
  • Lecithin bukan lah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak. Anda perlukan sesuatu untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi, iaitu Herblax atau Alfalfa.


Apa pula fungsi Omega Guard ?
  • Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap.  
  • Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. 
  • Omega 3 berfungsi -->>Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak
  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.

Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga membantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, faham terlebih dahulu bagaimana ia berfungsi.




2) BUANG/ DETOX

 #Untuk DETOX anda boleh 2 agen yang memang pakar dari Shaklee iaitu ALFALFA @pun HERBLAX

~~ALFALFA @ HERBLAX~~
  • Dalam slimming set shaklee Alfalfa atau Herblax sangat-sangat diperlukan untuk detoks semua lemak yang dah dicairkan, segala toksin yang dah terperap berzaman dalam tubuh kita
  • Detoks sangat penting~! 
  •  Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
  • Apabila dinding usus sudah bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sebab itulah penyerapan nutrien menjadi lebih baik selepas proses detox!
  • Herblax dan alfalfa ni juga menjadi agen fiber yg membantu mengangkut keluar lemak yang telah dicairkan.
  • Orang yang selalu mengalami masalah sembelit juga sangat digalakkan untuk mengambil herblax..mmg mantop!
  • Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak saya menyarankan agar mengambil alfalfa sebagai agen detox kerana herblax agak tidak bersesuaian. Terpulang juga sebenarnya atas kondisi badan sesetiap ibu itu.Cuma dibimbangi anak yang menyusu itu cirit birit saja atas tindakbalas herblax yang dimakan oleh ibu. * 




3) BINA ~ DENGAN PROTEIN

#Untuk membina kembali otot yang telah kendur akibat pengeluaran lemak, anda boleh memilih sama ada ESP iaitu Energizing Soy Protein ataupun CINCH Shake

~~ESP @ CINCH~~
  • Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

  • Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau ESP. Jika anda adalah ibu yang masih menyusukan anak saya menyarankan anda mengambil ESP kerana ESP lebih tinggi proteinnya untuk tumbesaran bayi. Tapi...jika anda nak juga minum Cinch Shake ni. Tak menjadi masalah..anda boleh ambil kedua-duanya. Setiap bancuhan anda campurkan ESP bersama CINCH SHAKE..Mudah bukan ?? Hee..dalam Shaklee segalanya mudah..

  • Kenapa perlu mengambil protein?? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda.
  • Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga  35%... 
  • Contoh makanan yang kaya dengan protein ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu. Haaa..sebab tu la ESP @ Cinch Shake penting dalam diet anda kan~! :) 
  •  
TETAPI PERLU DIINGAT~!!
<3 Supplemen bukan UBAT AJAIB~! Pemakanan wajib dijaga walau apa jua supplemen  yang anda ambil. Ambillah pada kadar yang sederhana. Jangan berlebih-lebihan..begitu juga cara mengambil supplemen.. Ikut dos yang ditetapkan ya..
<3 Kurangkan makanan yang sangat berlemak dan berminyak. Minum air mengikut keperluan tubuh anda..Cara pengiraan = Bagi setiap 25KG berat anda perlu minum 1Liter air..Ini bermakna jika berat anda 75KG anda perlu ambil 3Liter air hokey~!!



HUSNA 012-5533754
Your Shaklee Independent Distributor SID 918035
FB Page : Dina Health Care


-CINTA PANDANG PERTAMA-

First time kenal produk shaklee kenal dengan ESP..masa tu nama dia Energizing Soy Protein..masa tu pregnant, selalu letih walaupun x mabuk..kena pula time puasa, siap kena gastrik..

Terus member suggest ambik ESP..kebetulan pula time tu promo ESP..mmg rezki..
Start consume ESP dah rasa kelainan, selera mkn cantik, tak gastrik lagi, berat naik sekata x overr, kulit pun semakin flawless..

Lahir ja baby putih gebuuu (over claim plak kannn..)..heheh...pendek kata ESP ni memang best lah~!! So smpai sekarang stok ESP tak pernah putus di rumah.. and 1 thing yg pling best saya join ahli~!! bertambah-tambah benefit~! syukurr...
Oh ya..nama baru sekarang ni ESP Soy Protein Isolated Powder~~
emmm..yummeh~!!

Tak kenal maka tak chenta~~dah rasa terus jatuh chenta~!!
Baru atau lama ESP tetap di hati~!

Energizing Soy Protein~ESP

ESP~~SOY PROTEIN ISOLATE POWDER~~ YANG TERHANGAT DI PASARAN~~!!!

KENAPA PERLU ESP??

1) AWET MUDA
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2) HORMON BERASASKAN TUMBUHAN SEMULAJADI
– kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3) MEMULIHKAN FUNGSI PROSTAT LELAKI
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4) KULIT BERSERI DAN ANJAL
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5) PEMBERI TENAGA SEGERA
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6) MEMULIHKAN PIGMENTASI
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7) MEMPERBAIKI MEMORI
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP ??

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik.


KENAPA SARAPAN PAGI PENTING~!!

Ramai antara kita yang selalu tidak berkesempatan untuk sarapan. Tak kurang juga ada yang sengaja elak untuk sarapan pagi dengan alasan takut gemuk..NO..NO..NO.. persepsi anda salah~!

Sarapan pagi adalah rutin yang sangat penting buat pengetahuan anda semua..kenapa ia penting??

1) Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan badan
  • mengelak daripada sarapan pagi akan menyebabkan badan anda susah untuk menyerap vitamin dan nutrisi yang diperlukan. Apa sarapan yang terbaik?? Anda boleh memilih makan yang tinggi kalsium dan serat tapi rendah lemak. Contoh?? Anda boleh pilih untuk makan bijirin dengan susu, roti dsbg. Saya?? wajiblah sarapan dengan ESP Shaklee..kaya dengan protein, kalsium dan serat serta rendah lemak. Yummeh~!!
2) Srapan pagi mampu menurunkan berat badan
  • Fakta atau auta??? Ketika kita melakukan aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori dengan lambat. Menurut ahli nutrisi "sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme"  Ertinya pembakaran kalori seharian kan menjadi lebih effisien~!! 
3) Sarapan tingkatkan kemampuan otak
  • Kajian yang dibuat di oleh pengkaji dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatatkan purata skor 22% lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak mengambil sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga (dalam bentuk glukosa dan glikogen) telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.
  • Menurut pengkaji tersebut, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan oleh otak. Tanpa glukosa yang cukup, kita akan merasa lemah dan tidak berdaya.
4) Perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan akan berpontensi mengalami kadar kolestrol yang buruk. Paras LDL lebih tinggi berbanding wanita yang mengambil semangkuk bijirin bersama susu di pagi hari. Penyerapan serat yang tinggi menurunkan risiko penyakit jantung  sehingga 50%.
TIPS SARAPAN SIHAT

<3 Ambil 1-2 sudu ESP di 'shake' bersama susu rendah lemak kosong atau ditambah oat.
<3 Anda boleh juga 'shake' 1-2 sudu ESP bersama mana-mana minuman kegemaran anda.
<3 Boleh juga di 'shake' bersama buah-buahan yang anda suka untuk dijadikan smoothie..untuk memudahkan kerja saya selalu guna 'shake n' take' yang dibeli dari Lazada.com.my..promo plak..hehehe...

Kenapa ia sihat?? Jom tengok sendiri apa kata Shaklee~~

 
HUSNA 012-5533754
Your Shaklee Independent Distributor SID 918035
FB Page : Dina Health Care