Sungguh...tiada yg lebih membahagiakan mempunyai ibu dan ayah...
Berbahagia dan bersyukurlah jika anda dilahirkan dalam keluarga yang sempurna..
Hargai keringat ayah..hargai kasih ibu...
Sungguh saya terkesan dengan penulisan di blog gentarasa..seorang penulis yang hebat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..Tajuk yang tertulis "PETUA AYAH"
Saya juga nak berkongsi kisah saya yang berkait dengan "PETUA AYAH" ini..
Saya sangat mengagumi keringat dan semangat ayah yang saya panggil dari kecil "ABAH"... Abah orang yang sangat teliti dalam mendidik kami adik beradik..walaupun kami rasa abah garang..hakikatnya abah bukan garang..tapi abah cukup tegas dalam menyampaikan kasih sayangnya..
Dari kecil sampai besar kami tak pernah kurang apa-apa..abah melengkapkan apa yg kami mahu..Walaupun kami hidup sederhana tapi segalanya cukup..Bila kami sakit,abah lah orang yg paling risau dan menjaga kami siang dan malam..Sungguh tak terhitung kasih dan sayang abah..
Masa kecik-kecik takut nak minta duit dengan abah..selalu pakai ummi la jadi perantara kan...kadang-kadang abah "bunyi-bunyi" dulu tapi abah tetap bagi..Dulu tak tau nak nilai betapa susahnya nak keluarkan walau sekeping nilaian seringgit..Tau minta saja..
Masa masuk universiti..dah boleh faham sikit-sikit..awal-awal semester akan guna duit pinjaman ptptn dulu sebaik mungkin..sebolehnya bila nak beli buku-buku rujukan takkan minta dengan abah..sedar betapa sukarnya abah nak spent untuk kami adik beradik..tapi di akhir-akhir semester barulah dok minta dengan abah..nak telefon,sms abah segan sebenarnya..tapi terpaksa nak duit makan..hee...telefon@sms pagi..tengahari atau petang pasti abah dah bank in kan duit...abah tak tau nak transfer2 duit dulu..time rehat abah akan bergegas pergi bank untuk masukkan duit..bila abah sms..duit dah masuk..syukur tak terkata..tak pernah lupa untuk ucap "terima kasih abah"
Hee..dulu kat universiti buat part time jaga lab komputer kolej..bolehla tampung duit makan sedikit sebanyak..Ingat lagi kenangan jaga lab tu..asal ada ruang kosong dalam jadual kuliah akan isi dengan jaga lab...bila tiba-tiba ahli-ahli kumpulan nak buat perbincangan yg kena dgn waktu jaga lab mula la sedih...duit melayang..hehe...tapi pengajian lagi penting kan...kenangan...
Sekarang...dah hampir 3 tahun memerah keringat sendiri mencari rezeki...Bila dapat gaji mula-mula dulu malu nak bagi pada abah..almaklum gaji abah sekarang 3X ganda pada gaji saya...tapi sebenarnya keberkatan memberi itu yang utama...selalu tak dapat banyak pun bagi abah..kadang-kadang RM100 kadang-kadang RM50..kadang-kadang abah tak mau ambik pun...tau anaknya susah..hehe..
Tapi tak sangka..abah tak pernah guna duit yang saya bagi...abah simpan setiap bulan dalam almarinya..sampai satu hari abah teringin nak pakai smartphone...dia tanya pendapat anak-anaknya smartphone jenis mana yang ok...abah bawa keluar duit.."abah ada RM700..nak beli dalam lingkungan ni..ni duit yang Intan bagi...abah simpan ja.." Huhu..waktu tu Tuhan saja yg tahu..nak menitis air mata...Walaupun kecil saja jumlahnya..tapi abah nak buat beli smartphone untuknya sedangkan abah mampu beli lebih pada harga tu...
Sedih juga kadang-kadang ada jugak bulan yang tak bagi pada abah..tapi teringat kata-kata jutawan shaklee Kak Cery(semua mesti kenal ni)...Kalau nak bagi duit pada mak ayah bukan yang dah jadi baki..tapi yang awal-awal dh diasingkan dari gaji kita...INSAF ! 10% daripada gaji kita jika nak diikutkan perlu diasingkan bagi pada mereka...Lepas ni kena jadi lebih baikkk!!
Cukuplah cerita kisahku dengan abah...anda bagaimana??? ada tak beri pada ayah mak?? Kalau belum mula..mulalah dari sekarang...saya dah pernah lalui...sangat berbeza jika anda beri sedikit pada mak ayah berbanding jika anda tak beri langsung..sungguh beza !
Kehebatan pulangan rezki yang Allah kurniakan jika anda dahulukan ibu ayah...
Sejak dah berumah tangga sangat-sangat rindukan abah !! Semoga abah sentiasa sihat dan bahagia selalu.. Semoga suamiku juga akan menjadi abah terbaik buat anak-anak kami...
Sayang sangat dengan hero-heroku ini kerana Allah... Semoga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah...
Saya dan Abah tercinta....Rindu abah !!
Abah Irdina a.k.a my lurvy husband... Luv him so much !
Luangkan masa anda di sini PETUA AYAH
Pasti anda rindu ayah anda !!
Terima kasih ustaz mengigatkan saya...
HUSNA 012-5533 754
Your Shaklee Independent Distributor SID 918035
FB Page :Dina Health Care
No comments:
Post a Comment