SET BERPANTANG RINGKAS TAPI MANTAP ~!!

Proses mengandung dan melahirkan anak bukan satu proses yang mudah. Ibu selepas bersalin kehilangan tenaga yang banyak. Begitu juga semasa anak dikandung, banyak nutrisi ibu yang telah kurang. Hormon badan ibu juga berubah.

Menurut artikel Dr.Zubaidi, "proses pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah satu aspek kesihatan yang amat penting kerana ia memainkan peranan untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormon, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak."

Sebab itu pada zaman dahulu, nenek moyang kita sangat menitikberatkan soal penjagaan wanita di dalam pantang. Apa yang dimakan perlu dijaga, bertungku, pengambilan daun-daun herba dan juga jamu. Jika silap di dalam penjagaan semasa berpantang, bukan sahaja ianya memberi kesan kepada ibu, tetapi juga anak yang baru dilahirkan.

Jadi, dalam shaklee kami mencadangkan beberapa set mudah untuk diambil semasa berpantang. Set ini diyakini selamat, tidak panas seperti kebanyakan jamu-jamu di pasaran, dan yang paling penting ianya diperakui oleh doktor-doktor yang bertauliah. Yang paling dijamin kerana ianya mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada awal-awal pengenalan shaklee, kami mencadangkan 4 jenis vitamin untuk diambil iaitu VITA-LEA, VITA-C 500mg, B-COMPLEX dan ZINC. Tetapi ibu-ibu boleh 'add on' ESP dan OSTEMATRIX sebagai pelengkap tambahan.

TAPI hari ini saya nak cerita set bajet yang ringkas tapi mantapp !! Mantap sebab penjelasannya disokong hebat dari Dr. Zubaidi sendiri..Set berpantang yang dicadangkan adalah gabungan antara Energizing Soy Protein ~ESP dan juga VITA-LEA. Kenapa ia hebat ?
Boleh juga layari kupasan lanjut dari Kupasan Dr. Zubaidi

Okay kita teruskan konsultasi khas dari pengedar shaklee anda yang kiut :) hehehe....

KENAPA VITA-LEA ???

Vita-lea shaklee mempunyai kandungan yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan selepas bersalin antaranya ialah: (rujuk gambar)



Anda boleh lihat sendiri kandungan lengkapnya iaitu :
~Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Vitamin K, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Acid Folic, Vitamin B12, Calcium, Iron, Zinc, Boron...huiiii memang banyak lah kan... Jadi memang betul la kan apa yang anda baca selama ni Vita-lea ni memenuhi nutrisi harian anda.

APA KELEBIHAN VITA-LEA IRON FORMULA NI??
  • mempunyai 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah
  • mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting 
  • diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
  • mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% **
KENAPA VITA-LEA PENTING UNTUK WANITA LEPAS BERSALIN ???



Seperti yang anda boleh  lihat kandungannya tadi , Vita-lea hampir memenuhi semua sumber dari B-Complex,Zinc dan Vita-C. Jadi jika anda hanya ambil Vita-lea bersama ESP ia sudah melengkapi keprluan berpantang anda.

Okay mari kita tengok satu-satu :

1) Vita-lea Iron Formula mengandungi ZAT BESI atau IRON yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Seperti yang kita tahu ibu bersalin kehilangan banyak darah kan. Jadi iron ni sangatlah penting. Jika ibu kekurangan iron dalam badan boleh menyebabkan ibu letih dan tidak bermaya. Tenaga yang banyak diperlukan oleh ibu untuk kembali pulih dari keletihan selepas melahirkan anak, begitu juga untuk menyusukan bayi.

2) Di dalam vita-lea juga mengandungi Vitamin B kan. Jadi ia melengkapi keperluan vitamin B untuk ibu dalam pantang. Kepentingan vitamin B ini adalah untk menstabilkan semula hormon dalam badan ibu. Ia juga membantu ibu mempunyai emosi yang lebih seimbang. Sebab itu kami SID shaklee selalu panggil vitamin B adalah vitamin gembira~! Ibu akan lebih bertenaga dan ceria dan takkan murung atau keletihan terlampau apabila perlu bangun menyusukan bayi setiap malam.

3) ZINC juga terdapat di dalam Vita-lea shaklee. Penting ke zinc ?? Sangatlah penting untuk proses baik luka. Lebih-lebih lagi jika ibu bersalin czer. Zinc membantu proses baik luka di luar juga luka dalaman iaitu rahim. Pengambilan zinc bagi ibu menyusu akan membantu bayi membesar dengan baik. Zinc juga membantu masalah "sejuk" ibu-ibu berpantang serta masalah rambut gugur ibu-ibu lepas bersalin.

4) 120mg kandungan Vitamin C yang terdapat di dalam setiap 2 tablet vita-lea. Okay yang ni option. Jika anda nak lebih pengambilan vitamin C harian anda, anda boleh ambil Vita-C 500mg shaklee di mana ia bersamaan 7 1/2 biji oren setiap hari. Vitamin C bukan saja penting untuk ibu berpantang tetapi juga untuk semua golongan tidak mengira jantina atau usia (kanak-kanak 2 tahun ke atas). Kenapa vitamin C penting untuk ibu berpantang ni ?? Ia membantu dalam membaik pulih sel tisu yang rosak selepas bersalin. Pengambilan Vitamin C juga sangat penting untuk menyembuhkan luka bersalin untuk yang bersalin normal juga yang bersalin secara ceaserian. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap imunisasi ibu untuk mengelakkan dari mudah terkena jangkitan demam dan selsema.
Bonus yang ibu-ibu dapat ianya mencantikkan kulit kerana vitamin C bertindak merangsang pembentukan kolagen !!

Cukup lengkap bukan !!



Macam mana pula dengan ESP ?? Kenapa ibu berpantang perlukannya??

ESP adalah sumber protein terbaik untuk ibu-ibu berpantang dan menyusukan anak. Ia memberi tenaga berpanjangan dan membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Milkbooster terbaik kepada ibu menyusu (tetapi dengan cara supply & demand).

Bukan itu saja, Bonus yang ibu-ibu dapat ianya mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit, kuku serta rambut !

Jadi tunggu apa lagi ??? Bagi ibu-ibu yang nak tengah hamil, atau lagi beberapa hari lagi nak bersalin elok sangatlah ambil set berpantang shaklee ni. Anda akan teruja kelainan berpantang dengan set berpantang shaklee. Tiada lagi letih , stress berpanjang dan yang paling seronok susu ibu pun melimpah ruah. Anak sentiasa kenyang, ibu ceria dan cantik !

Mesti cuba sebelum membuat perbandingan. Saya dah berpantang dengan shaklee. Ramai customer saya juga dah berpantang dengan shaklee. Semua memberi feedback yang sangat baik !

Anda juga mahu ? Jom buat tempahan anda sekarang !


p/s: jika anda mahu harga yang jimat jom jadi ahli bersama saya~! Pasti jimat berganda !

ESP~SOY PROTEIN ISOLATE POWDER ~ PROTEIN ISOLATE PERTAMA DUNIA~!!!

1961 ~ 2014 ~ 53 YEARS !!
Kita selalu ja makan atau minum produk-produk makanan berunsurkan soya kan. Yang mana selalunya kita boleh dapat dari air soya itu sendiri, tempe, tauhu, dan soya juga boleh kita dapat dalam bentuk tepung atau serbuk yang kita panggil protein soya. Hari ni nak cerita sikit kepada anda semua tentang protein soya @ soy protein.

Tahukah anda ??? Terdapat 3 JENIS soy protein yang berbeza.

1) SOY PROTEIN ISOLATE

Bagaimana terhasilnya soy protein isolate ni?? Ianya terhasil dari soy protein concentrate yang diasingkan kaborhidrat daripadanya, yang menjadikannya protein soya paling 'pure'. Dimana kandungan protein di dalamnya hampir 90%.

2) SOY PROTEIN CONCENTRATE

Ini adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Hanya 65% kandungan protein dalam soy protein concentrate. Dan oleh sebab itu rasa soya masih kekal kerana karborhidrat didalamnya masih ada.

3) TEXTURED SOY PROTEIN

Protein soya ini melalui proses "extrusion" iaitu proses mengubah minyak kacang soya menggunakan air proses semulajadi, kemudian dimasak, dibebaskan dan melalui proses pengeringan. Oleh sebab itu ia menyebabkan teksturnya menjadi padat dan kasar





Perbezaan proses-proses yang dijalankan ke atas protein kacang soya ini menyebabkan iaya kekurangan khasiat dan memberi kesan buruk ke atas protein soy tersebut. Antara proses-prose yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan yang buruk terhadap soy protein isolate adalah

1)Diproses dengan suhu yang tinggi
2)Pengasingan dibuat dengan menggunakan alkohol
3)Penggunaan bahan kimia semasa proses dijalankan

Oleh sebab itu, wajralah untuk kita memilih isolate protein soy yang terbaik sebagai menu dalam diet harian kita. Elakkan dari soya yang meningkatkan risiko kanser. Pilih yang selamat dan semestinya ESP Shaklee yang dijamin berkualiti proses pembuatannya.




KENAPA PENTING PROTEIN UNTUK KITA  ???

  • Kerana ia merupakan bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama untuk hormon manusia.
  • Juga merangsang fungsi psikologi
  • Setiap organ kita memerlukan protein
  • Masalah kekurangan protein boleh menyebabkan : 
                 - Sistem imun lemah dalam melawan penyakit
                 - Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
                 - Kehilangan kepejalan otot
                 - Perubahan warna rambut
                 - Pertumbuhan terbantut
                 - Masalah penghadaman
                 - Masalah penghasilan darah dan hormon
                 - Masalah ini akan menyebabkan kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa
                   kepada kematian



KENAPA PERLU PILIH ESP SHAKLEE UNTUK SOY PROTEIN DALAM DIET HARIAN KITA????

  • ESP telah mendapat pengiktirafan setelah menjalani ujian klinikal di seluruh dunia
  • Kacang soya yang digunakan adalah NON-GMO iaitu tidak diubahsuai secara genetik
  • Suhu yang rendah digunakan semasa peringkat pemprosesan bagi melindungi kualiti dan nutrisi yang ada pada ESP.
  • 30 Kilogram kacang soya telah digunakan untuk mendapatkan 1 kilogram ESP Shaklee !!!
  • ESP shaklee mempunyai indeks glisemik yang rendah~ sangatlah sesuai utk pesakit diabetis
  • Kandungannya yang memang mantap iaitu terdiri dari THIAMIN@VITAMIN B1, IRON, NIACIN, RIBOFLAVIN, KALSIUM, VITAMIN B6.

Nak tau apa yang best tentang kandungan tu semuaaa ??? Tunggu di entri lain pula ya...panjang benorr dah rasanya...ok camana? Dah faham apa itu ESP?? Kacang soya apa yang digunakan ?? Rasa-rasanya best tak ESP? Memang sangat awesome la kan....So...tuggu apa lagi...mai la order !!



Hargai keringat ayah ~


Sungguh...tiada yg lebih membahagiakan mempunyai ibu dan ayah...
Berbahagia dan bersyukurlah jika anda dilahirkan dalam keluarga yang sempurna..
Hargai keringat ayah..hargai kasih ibu...

Sungguh saya terkesan dengan penulisan di blog gentarasa..seorang penulis yang hebat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..Tajuk yang tertulis "PETUA AYAH"

Saya juga nak berkongsi kisah saya yang berkait dengan "PETUA AYAH" ini..

Saya sangat mengagumi keringat dan semangat ayah yang saya panggil dari kecil "ABAH"... Abah orang yang sangat teliti dalam mendidik kami adik beradik..walaupun kami rasa abah garang..hakikatnya abah bukan garang..tapi abah cukup tegas dalam menyampaikan kasih sayangnya..

Dari kecil sampai besar kami tak pernah kurang apa-apa..abah melengkapkan apa yg kami mahu..Walaupun kami hidup sederhana tapi segalanya cukup..Bila kami sakit,abah lah orang yg paling risau dan menjaga kami siang dan malam..Sungguh tak terhitung kasih dan sayang abah..
Masa kecik-kecik takut nak minta duit dengan abah..selalu pakai ummi la jadi perantara kan...kadang-kadang abah "bunyi-bunyi" dulu tapi abah tetap bagi..Dulu tak tau nak nilai betapa susahnya nak keluarkan walau sekeping nilaian seringgit..Tau minta saja..

Masa masuk universiti..dah boleh faham sikit-sikit..awal-awal semester akan guna duit pinjaman ptptn dulu sebaik mungkin..sebolehnya bila nak beli buku-buku rujukan takkan minta dengan abah..sedar betapa sukarnya abah nak spent untuk kami adik beradik..tapi di akhir-akhir semester barulah dok minta dengan abah..nak telefon,sms abah segan sebenarnya..tapi terpaksa nak duit makan..hee...telefon@sms pagi..tengahari atau petang pasti abah dah bank in kan duit...abah tak tau nak transfer2 duit dulu..time rehat abah akan bergegas pergi bank untuk masukkan duit..bila abah sms..duit dah masuk..syukur tak terkata..tak pernah lupa untuk ucap "terima kasih abah"
Hee..dulu kat universiti buat part time jaga lab komputer kolej..bolehla tampung duit makan sedikit sebanyak..Ingat lagi kenangan jaga lab tu..asal ada ruang kosong dalam jadual kuliah akan isi dengan jaga lab...bila tiba-tiba ahli-ahli kumpulan nak buat perbincangan yg kena dgn waktu jaga lab mula la sedih...duit melayang..hehe...tapi pengajian lagi penting kan...kenangan...

Sekarang...dah hampir 3 tahun memerah keringat sendiri mencari rezeki...Bila dapat gaji mula-mula dulu malu nak bagi pada abah..almaklum gaji abah sekarang 3X ganda pada gaji saya...tapi sebenarnya keberkatan memberi itu yang utama...selalu tak dapat banyak pun bagi abah..kadang-kadang RM100 kadang-kadang RM50..kadang-kadang abah tak mau ambik pun...tau anaknya susah..hehe..
Tapi tak sangka..abah tak pernah guna duit yang saya bagi...abah simpan setiap bulan dalam almarinya..sampai satu hari abah teringin nak pakai smartphone...dia tanya pendapat anak-anaknya smartphone jenis mana yang ok...abah bawa keluar duit.."abah ada RM700..nak beli dalam lingkungan ni..ni duit yang Intan bagi...abah simpan ja.."  Huhu..waktu tu Tuhan saja yg tahu..nak menitis air mata...Walaupun kecil saja jumlahnya..tapi abah nak buat beli smartphone untuknya sedangkan abah mampu beli lebih pada harga tu...

Sedih juga kadang-kadang ada jugak bulan yang tak bagi pada abah..tapi teringat kata-kata jutawan shaklee Kak Cery(semua mesti kenal ni)...Kalau nak bagi duit pada mak ayah bukan yang dah jadi baki..tapi yang awal-awal dh diasingkan dari gaji kita...INSAF ! 10% daripada gaji kita jika nak diikutkan perlu diasingkan bagi pada mereka...Lepas ni kena jadi lebih baikkk!!

Cukuplah cerita kisahku dengan abah...anda bagaimana??? ada tak beri pada ayah mak?? Kalau belum mula..mulalah dari sekarang...saya dah pernah lalui...sangat berbeza jika anda beri sedikit pada mak ayah berbanding jika anda tak beri langsung..sungguh beza !

Kehebatan pulangan rezki yang Allah kurniakan jika anda dahulukan ibu ayah...

Sejak dah berumah tangga sangat-sangat rindukan abah !! Semoga abah sentiasa sihat dan bahagia selalu.. Semoga suamiku juga akan menjadi abah terbaik buat anak-anak kami...
Sayang sangat dengan hero-heroku ini kerana Allah... Semoga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah...



 Saya dan Abah tercinta....Rindu abah !!

 Abah Irdina a.k.a my lurvy husband... Luv him so much !


Luangkan masa anda di sini PETUA AYAH
Pasti anda rindu ayah anda !!
Terima kasih ustaz mengigatkan saya...